Nak pasang dishrack? Semak ni dulu...
Dapur adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah rumah. Oleh itu, susun atur di dapur haruslah sentiasa kemas dan cantik.
Salam sejahtera, Uncle Andrew sini. Hari ini Uncle Andrew hendak kongsikan sedikit info tentang rak pinggan atau sering juga dipanggil dishrack. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan setelah menonton video ini, boleh terus komen di bawah.
Dishrack atau rak pinggan berperanan sebagai tempat pinggan atau cawan disusun selepas dicuci. Dengan adanya dishrack kita tak perlu lagi fikir nak letak pinggan yang basah dekat mana. Tray yang ada dibawah dishrack juga memudahkan kita nak buang air yang menitis dari pinggan yang basah.
Biasanya dishrack ini akan ditempatkan berdekatan atau pada bahagian atas sinki, bertujuan untuk memudahkan urusan kerja-kerja mencuci dan menyusun pinggan serta cawan serta menjadikannya nampak lebih kemas dan bersistem.
Apa faktor yang kita perlu titik beratkan sebelum memasang dishrack?
Pertama, ketinggian
Pastikan ketinggian dari lantai ke bawah dishrack sebanyak 1250mm.Manakala, dari table top ke bawah dishrack pula sekurang- kurangnya 400mm-420mm.
Apa akan jadi kalu kita pasang dishrack terlalu tinggi?
Bagi pengguna yang rendah mereka akan menghadapi kesukaran untuk meletakkan pinggan mangkuk. Bukan itu sahaja, air juga akan meleleh ke lengan semasa kita hendak meletakkan pinggan dan menyebabkan baju kita basah.
Tetapi lain pulak kes kalau kita pasang terlalu rendah.
Apabila kedudukan dishrack dipasang rendah dan bersebelahan dengan tempat masak, risiko kabinet terbakar tinggi kerana api yang terlalu besar semasa memasak boleh terkena pada panel sebelah dishrack.
Kedua, kedudukan Dishrack
Jangan letak bersebelahan dengan tempat masak. Risiko untuk kabinet terbakar tinggi.
Ketiga, Digalakan open dishrack
Untuk pengudaraan yang baik. Jika dishrack direka didalam kabinet yang ada pintu, ia boleh menyebabkan kabinet berkulat dan senang kembang kerana tiada pengudaraan yang baik.
Semoga dengan sedikit info Uncle Andrew kongsikan dapat membantu tuan rumah sblm memasang dishrack. Sekiranya anda ada sebarang soalan atau ingin mencadangkan tajuk video seterusnya beritahu Uncle Andrew di ruangan komen dibawah.
Негізгі бет TIPS PEMASANGAN DISHRACK
Пікірлер: 24