Jangan takut-takut untuk buat pembajaan sewaktu pokok tengah berbuah, cuma kita perlu tahu keadaan pokok bila ia berbunga, bila bunga mekar, kematangan buah baru boleh berikan makanan tambahan, agar tanaman dan buah mendapat nutrein dan makanan yang seimbang.
TAPI pastikan sistem atau infra pengairan pada tanaman cukup lengkap ea.
Video ni saya peram terlalu lama, maaf lah lambat kongsi ilmu. Tahun depan pastikan pokok berbunga semula ea.
Kuantiti dua baja adalah :
1. Baja kimia 9kg/pokok/tahun
2. Baja organan 40kg/pokok/tahun
Tempoh masa yg sesuai membaja pokok durian yg tekang matang ialah:
a) 2 bulan sebelum berbunga,
b) 1 bulan selepas bunga mekar,
c) 40-45 hari sebelum buah matang/tuai,
d) selepas tuai(kutip hasil).
#JabatanPertanian
#MindaTani
#Durian
Негізгі бет Tips : tempoh waktu yang sesuai untuk pembajaan buah tanaman durian
Пікірлер: 48