TOKOH YANG AKU KAGUMI DALAM MISI KEMANUSIAAN DAN PEDULI UMMAH
Selama misi korban dan kemanusiaan di Indonesia, Tawau dan Semporna baru-baru ni banyak nasihat dan manfaat yang aku dapat.
Antara ayat yang selalu aku dengar “Kita kena hantar cahaya ke hujung dunia” - Prof Dr ZRZ
Meh aku cerita sedikit latar belakang Pengerusi Yayasan Ikhlas
Nama penuh beliau Prof Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin (Pengerusi Yayasan Ikhlas).
Pendidikan di MRSM Kuantan, Royal College of Surgeons in Ireland, Dublin and Royal College of Obstetricians & Gynaecologists, London.
Bekerjaya sebagai Pofessor, Obstetrik & Ginekologi di IMU dan Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Bergerak aktif bersama pelbagai NGO kemanusiaan sejak 2001 dan pernah menjejaki 35 buah negara, khususnya misi bantuan perubatan dan kemanusiaan ke Afghanistan, Acheh (tsunami), Jogjakarta, Palu (Sulawesi), Cox Bazaar (Bangladesh), Pattani (Thailand), Lubnan, Syria dan Gaza.
Sejak 2017, beliau memberikan fokus kepada projek pendidikan dan pembangunan komuniti khususnya masyakat terpinggir di dalam negara khususnya di pedalaman Sabah dan Sarawak.
7 hari bersama tokoh hebat dan orangnya sangat humble terasa diri ini beruntung dan beliau sangat sayangkan Sabah demi dakwah kemanusiaan dan peduli ummah.
Tidak pernah mengenal erti lelah dan penat walaupun dalam keadaan cuaca panas dan hujan lebat demi menghantar cahaya ke hujung dunia.
Terima kasih Prof memori yang terindah buat diri ini yang hanya seorang budak setinggan.
Mohd Hisham Romel
Ketua Misi Beta
Kembara Korban Sabah 2024
Негізгі бет TOKOH YANG AKU KAGUMI
Пікірлер