TOURING ENDAU - PENGKALAN KUBOR
HARI 7 : KUALA TERENGGANU - KG RAJA, BESUT.. (112.9km)
Tarikh : 19/2/2024
Hari ke 7: Pantai di Penarik memang buat kita rasa TAK NAK BALIK..
Macam² halangan nak siapkan video ni... bermula dengan kepulangan ke Rahmatullah Bonda Abg Jalal.. Abg Jalal tak sihat dll...
Tapi satu kerugian untuk diri sendiri kalau akak tak selesaikan video ni untuk kenangan hari tua..
Jarak laluan kali ni melebihi 100km , jadi kami mula kayuh awal pagi... Pastinya kami tak nak terlepas nak enjoy cantiknya pantai yang bakal kami saksikan nanti...
Cabaran kali ni adalah cuaca panas... Mujur la takde angin kuat... Kalau panas dan angin bergabung dengan jarak sebegitu, mau kami kayuh selepas matahari terbenam..😁...
Serik?? Mana boleh serik kalau kayuh di laluan yang super cantik ni... Tapi kalau diberi pilihan untuk memilih, akak suka PANTAI BARI sebab lebih aman..
Tambah gembira dapat pulak bertemu dengan Park Suu dan Paktam Dahalan otai touring ..
#kualaterengganu
#seberangtakir
#masjidseberangtakir
#pantaiseberangtakir
#drawbridge
#pantaitokjembal
#pantaikubangbadak
#pantaimengabangtelipot
#kedaikopijantan
#pantaibari
#pantairhu10
#pantaipenarik
#kgmangkuk
#kgpenarik
#setiu
#besut
#pengkalankuburbesut
#tembila
#kgraja
Негізгі бет Спорт Touring Endau - Pengkalan Kubor |Day 7 K.Terengganu - Kg. Raja, Besut | Pantai Penarik | Kg Mangkuk
Пікірлер: 76