Aktiviti Day 3 paling mudah. Aktiviti khas untuk anak-anak. Kami singgah Lotte World Adventure. Tempat wajib untuk anak-anak berseronok. Kami singgah tempat ni, sampai tak nampak cahaya matahari. Tempat yang sesuai untuk Hakim, Hannah dan Hanis untuk berseronok sepanjang hari. Indoor theme park yang sesuai dengan mereka.
Kami dah book tiket thru apps Klook dari Malaysia. Just kena tukar tiket fizikal sebelum masuk sini. Ikut je panduan yang dah diberi. Dari homestay kami, hanya naik 1 line subway. Yang ni pun dah study awal, supaya tak kelam kabut kena tukar subway. Kami jalan kaki, ke station subway Euljiro 1 il-ga. Kemudian ambil subway di situ, terus ke stesen Jamsil. Kena tempoh beberapa stesen subway sebelum sampai. Mudah je. Alhamdulillah. Once dah sampai stesen Jamsil, kami just ikut panduan dalam shopping mall terus ke Theme park ni. Kena masuk ikut south gate theme park ni. Masuk je theme park ni, terus confuse nak main yang mana dulu. Pelajar sekolah, dari tadika sampai ke sekolah menengah memang ramai kat sini. Siap pakai baju sekolah lagi tu. Macam ada buat aktiviti kokurikulum pulak kat sini. Kemudahan surau pun ada disediakan jugak disini. Tapi, nak cari kedai makanan halal memang susah. Mujur kami bawak bekal. Taklah rasa kelaparan dalam ni. Outdoor games pun ada. Ini bukan peak season. Games yang syok2 tu, memang kena Q berlapis-lapis. Ada kena tunggu sampai 50min. Huhuhu. So, next time. Semua mainan untuk kids, mereka dah naik. Ada yang naik 3 4 kali. Hahaha. Kalau tunggu, sampai tutup kedai le jawabnya. Tiket yang kami beli termasuk tiket Folk Museum. Kita singgah melawat sejarah penubuhan negara Korea ni. Ada miniature Istana kerajaan Korea terdahulu.
Lepas dah habis main segala permainan, baru kami boleh keluar. Itupun dah malam. Kami plan nak ke Itaewon, cari kedai makan muslim. Kena naik subway ke Itaewon. Kali ni mencabar sikit, sebab kena tukar tren. Kena tukar line tren di stesen Sindang. Dari line tren color hijau, ke line tren color coklat. Kena make sure laluan dan exit yang betul. Kalau tersalah, confirm sesat. Alhamdulillah, berjaya juga ikut laluan yang benar. Sampai jugak ke Itaewon. Itaewon kawasan yang berbukit sedikit. Banyak kedai makan, yang mana muslim boleh makan. Banyak jugak kedai barangan halal kat sini. Suhu masa ni memang sangat sejuk. Kami singgah makan malam kat restoran Eid. Mujur dapat seat untuk makan. Dapat jugak merasa original korean food dari halal korean restaurant. Sempat snap gambar depan masjid Itaewon. Lepas makan kami pun pulang ke Homestay.
Sekali lagi kena naik subway, dari stesen Itaewon ke stesen Euljiro 1 il-ga. Kena tukar line tren color coklat ke line tren color hijau, tukar line tren di stesen Sindang juga. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai. Kena jalan kaki once sah sampai last stesen untuk ke homestay kami. Esok, aktiviti Day 4 pulak.
Негізгі бет Travelog Family Trip Seoul Nov 2019
Пікірлер