Music background
Music: Sour Soup
Musician: Jeff Kaale
Pulau Manukan Sabah
Tempat yang cantik dan menarik
Tempat sesuai untuk beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan
Perlu menaiki bot dari Jetty Jesselton, Kota Kinabalu Sabah.
Di Jetty Jesselton terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan. Tersedia banyak agent travel & tour disini..
Boleh booking pakej ke pulau / island hopping melalui agent yang dipilih. Destinasi kami hanya ke satu pulau.. island hopping ke 3 pulau pun boleh..
Gerai-gerai jualan utk peralatan dan pekakas juga ada di jeti. Kami beli topi, life jacket utk budak2. Baju mandi, selipar, tikar, beg dan lain-lain barangan juga turut dijual.
Gerai makanan dan meja2 kerusi untuk makan disediakan. Boleh makan dan bungkus untuk bekal ke pulau.
Tips untuk perjalanan ke Pulau..
Bawa bekalan air dan makanan yang mencukupi.
Bawa baju mandi, baju bersih dan tuala.
Pakai selipar atau kasut yang sesuai untuk aktiviti di pantai / air.
Bawa ubat dan makan ubat awal sekiranya mabuk laut.
Bawa tikar untuk duduk rehat sebab meja yang disediakan selalunya penuh.
Dinasihatkan untuk bergerak awal pagi ke pulau..
Sampah-sampah perlu kumpul dan buang dalam tong sampah yang disediakan 🫡
Selamat bergembira
Enjoy ya teman-teman
#sabah
#manukan
#manukanisland
#cuticutimalaysia
#cutisekolah
Негізгі бет Trip to Manukan Island. Jetty jesselton ke Pulau Manukan Sabah 03|03|2024
Пікірлер