#channel20sen
Panggung wayang Coliseum yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dahulunya dikenali dengan Jalan Batu atau Batu Road dikatakan antara salah satu panggung wayang paling lama beroperasi di Kuala Lumpur.
Malah, ia dikatakan panggung wayang pertama wujud di negara kita dan masih beroperasi sehingga kini.
Ada sumber mengatakan bahawa kewujudan panggung wayang Coliseum ini bermula seawal tahun 1920.
Dahulunya nama panggung wayang ini dikenali sebagai Estana Hall Kinema dan ditukar namanya beberapa kali sebelum terpahat menjadi Coliseum yang kini sudah tercatat megah dalam lipatan sejarah filem Malaysia.
Namun, berdasarkan catatan iklan daripada Malaya Tribune bahawa panggung wayang Estana Hall Kinema itu ternyata sudah wujud di Kuala Lumpur sebelum tahun 1917 lagi.
Негізгі бет TRIVIA | COLISEUM | PANGGUNG WAYANG PERTAMA DI KUALA LUMPUR
Пікірлер: 40