UDANG BUTTER @ UDANG GORENG BUTTER
Untuk resepi mudah dan sedap kali ni, Cheq Na nak memperkenalkan resepi UDANG GORENG BUTTER atau juga dikenali sebagai UDANG BUTTER. Untuk resepi udang ni, apa-apa saja yang menggunakan udang memang sedap. Masak apa menggunakan udang memang akan jadi sedap, ditambah pulak dengan butter, memanglah meletopsss-letopsss 💥
Kebiasaan yang Cheq Na nampak untuk resepi ni, ianya dihidangkan di restoran-restoran yang UP sikit, mungkin sebab resepi ini menggunakan butter, so harga menu ni agak mahal sedikit. Jadi, untuk kita yang nak berjimat cermat tu, susahlah sikit untuk merasa menu ni. Jadi, hari ni Cheq Na nak SHARE macammana nak masak menu ni supaya kita semua dapat merasa kesedapan resepi UDANG BUTTER ni 😋
JOM kita tengok bahan-bahan dia ...
Bahan-bahan untuk menggoreng udang
a) 10 ekor udang bersaiz sederhana
b) 2 1/2 camca besar tepung goreng Bestari
c) 1 camca kecil lada hitam
d) 1/2 camca kecil garam
e) 1 cawan minyak masak
Bahan-bahan untuk buat sarang dia
a) 5 biji cili melaka
b) 5 ulas bawang putih
c) 2 camca besar marjerin atau mentega
d) 2 -3 tangkai daun kari
e) 5 biji telur ayam
f) 1/2 camca kecil garam
g) 1 camca kecil gula
h) 1/2 kiub Maggi perisa ikan bilis
i) 2 cawan minyak masak
Itu sahaja bahan-bahan untuk buat menu ini. Cara-cara nak masak, kena tengok video yang Cheq Na buat ni sampai habis. Kena tengok video ni sebab susah Cheq Na rekod dia, buat voice over bagai, colour grading, ambik gambar still photo, buat transitions, cari lagu sedap dan FREE 😝, craft title dan hash tags ... memang tak mudah langsung. Jadi, tontonlah sebab penat Cheq Na buat video ni 🥴
Ok, dah tengok tu, kalau rasa bermanfaat kepada ramai orang, sila-silalah SHARE video Cheq Na yang tak MUDAH ni. Akhir kata, jumpa di video yang akan datang ... In Sha Allah 🤲
.
.
.
.
.
#cheqna
#cheqnastyle
#cheqnaresipi
#cheqnarecipe
#cheqnakatasedapsedaplah
#udangbutter
#butterprawn
#udanggorengtepung
#udanggoreng
#udangcrispy
#udanggorengbutterbasah
#spicybuttershrimp
#spicybutterprawn
#buttershrimp
#creamybutterprawn
Негізгі бет UDANG BUTTER - Letak ja HABIS! Resepi MUDAH. 30 minit dah SIAP, anak-anak tak perlu tunggu lama
Пікірлер: 15