Google Pixel 9 Pro XL pada hemat saya ialah antara peranti terbaik Android sepanjang 2024 dari sudut kualiti binaan, kelancaran perisian, ciri-ciri tambahan, kemampuan fotografi, sokongan peranti dan hayat bateri. Jika anda inginkan peranti Android yang paling tanpa aplikasi gendut yang tidak diperlukan dan menerima kemas kini paling pantas, pilihan anda hanyalah siri Google Pixel 9.
Tetapi harus ditekankan Pixel 9 Pro XL ialah sebuah peranti mercu dengan pemproses kelas pertengahan premium. Prestasinya lebih hampir dengan Realme GT 6 berbanding Galaxy S24 Ultra. Jika anda mencari peranti paling berkuasa, siri Pixel 9 bukan untuk anda.
Juga harus saya katakan jika anda sudah lama menggunakan One UI, Nothing OS, ColorOS, HyperOS, MagicOS dan pelbagai pelancar Android lain, kejutan menggunakan Pixel Launcher tanpa ciri tambahan akan memberikan kejutan kepada sistem. Saya pengguna tegar Samsung dan kehilangan banyak ciri yang sudah digunakan bertahun lamanya membuatkan jiwa saya secara peribadi tidak serasi dengan Pixel.
Pada harga jualan bermula RM5699 ia adalah peranti yang memang agak mahal. Tetapi terdapat lebih banyak perkara positif berbanding negatif pada Pixel 9 Pro XL membuatkan saya boleh sarankan kepada mereka yang inginkan pengalaman Android yang palin "suci".
Ulasan Google Pixel 9 Pro XL - Pixel Akhirnya Lokal amanz.my/20244...
Негізгі бет Ulasan Google Pixel 9 Pro XL - Pixel Akhirnya Lokal
Пікірлер: 27