Batu Gong atau nama lainnya Turu Miadi yang bermaksud tujuh beradik berada di daerah Tambunan, Sabah. Batu ini terletak di Eko Pelancongan KG. Solibog yang mana jaraknya dari pekan Tambunan kira-kira 15KM (melalui jalan Tambunan - Keningau). Uniknya batu ini kerana bunyi yang dikeluarkan hasil daripada ketukan menggunakan batu adalah seperti bunyi gong.
Menurut penjaga tempat ini, batu ini telah ditemui pada tahun 1994 dan disebabkan keunikannya, batu ini telah viral bukan sahaja di Sabah, malah ada pelancong dari luar negara turut tertarik untuk datang melihat dan mendengar sendiri bunyi yang dihasilkan daripada batu ini.
Jika mengikut Google Maps atau Waze, Batu Gong ini masih berada di tempat simpanan lama yang mana batu ini telah dialihkan dan dipamerkan di Eko Pelancongan Kg. Solibog. Anda boleh cari di Google Maps atau Waze dengan perkataan Pusat Tagal dan Pelancongan Kampung Solibog.
Tiket masuk :
17 kebawah RM2
18 keatas RM4
Негізгі бет Uniknya BATU GONG (Turu Miadi), Tambunan, Sabah.
Пікірлер: 5