Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah sebuah universiti penyelidikan awam Malaysia yang terletak di Bangi, Selangor. Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) terletak di Cheras dan juga mempunyai kampus cawangan di Kuala Lumpur. Ia merupakan antara universiti berprestij di Malaysia dan Asia Tenggara. Terdapat lebih 22 ribu pelajar yang mendaftar ke UKM (17,000 pelajar sarjana muda, dan 5,000 pelajar pascasiswazah.
Universiti Kebangsaan Malaysia ialah salah satu daripada lima universiti yang menyelaraskan penyelidikan di Malaysia. UKM adalah universiti terbaik ke-160 di dunia mengikuti QS World University Rankings yang dijalankan pada tahun 2020. Ia juga menduduki tempat ke-98 dalam 100 universiti baru terbaik yang ditubuhkan dalam tempoh 50 tahun yang lalu di dunia.
Fakulti:
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan FSSK
Fakulti Sains dan Teknologi FST
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan FEP
Fakulti Farmasi FFAR
Fakulti Pengajian Islam FPI
Fakulti Sains Kesihatan FSK
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina FKAB
Fakulti Undang-Undang FUU
Fakulti Pergigian FGG
Fakulti Pendidikan FPEND
Fakulti Perubatan FPER
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat FTSM
UKM-GSB Pusat Pengajian Siswazah Perniagaan GSB
Pusat Pengajian Citra Universiti
#malaysia #fawwazmedia
-----------------
Technology by Keys of Moon | soundcloud.com/keysofmoon
Music promoted by www.chosic.com/free-music/all/
Creative Commons CC BY 4.0
creativecommons.org/licenses/by/4.0/
Негізгі бет Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor (4k Video)
Пікірлер: 20