Seperti biasa admin akan update setiap Khamis proses perobohan Stadium Shah Alam. Setibanya di perkarangan kelihatan ruang dalam stadium semakin luas dari pandangan luar. Dalam pengamatan admin , sekumpulan jentera memecahkan asas di bawah tanah seperti yang di lihat di video. Lubang-lubang yang membentuk asas stadium di bongkar bagi membolehkan ia di pecahkan sebelum asas tapak stadium baru di bina. Ia perlu di lakukan kerana struktur stadium baharu sungguhpun kecil dari struktur asal perlu di musnahkan supaya tidak menganggu kerja pembinaan di masa hadapan.Kelihatan banyak sekali jentera berat yang sedang giat merobohkan struktur bahagian atas stadium. Di perkirakan sebanyak hampir 40 buah jentera pelbagai saiz dan kegunaan bekerja tanpa henti bagi memastikan kerja perobohan berjalan seperti di jadualkan. Cuaca hujan kebelakangan ini di hrapkan tidak melambatkan proses. Cuaca di pagi ini sekejap panas dan mendung dan boleh di lihat kurang pencahayaan agak membuat video nampak kelam. Ketika video ini di edit hujan dengan lebatnya telah turun di Shah Alam. Tanjakan laluan kenderaan di sebelah lagi dalam 80% telah di pecahkan. 3 bulan telah berlalu dan nampak proses perobohan pantas dengan adanya puluhan jentera yang di bahagikan kepada beberapa skop supaya kerja dapat di samaratakan.
Track: Alan Walker - Dreamer (Egzod Remix) [NCS Release]
Music provided by NoCopyrightSounds.
Watch more NCS on KZitem: NCS.lnk.to/You...
Free Download / Stream: ncs.io/Dreamer...
Негізгі бет Update Perobohan Stadium Shah Alam ( Khamis, 10 Oct. 2024 )
Пікірлер: 33