Apakah itu vaksin? Kenapa semua orang perlu divaksinkan? Mengapa tidak orang yang berisiko sahaja?
Apakah itu vaksin?
Vaksin adalah merupakan antigen iaitu virus yang telah mati. Pemberian virus mati ini bukanlah dengan tujuan untuk menyebabkan seseorang itu terkena jangkitan virus, akan tetapi dalam bahasa mudahnya, ia adalah bertujuan menciptakan memori dasar sebagai tentera pertahanan dalam tubuh untuk bersiap sedia menghadapi serangan virus yang sebenar yang lebih kuat.
Kenapa semua orang perlu divaksinkan? Mengapa tidak orang yang berisiko sahaja?
Tujuan pemberian vaksin adalah untuk mencapai imuniti kelompok. Imuniti kelompok adalah bermaksud virus tidak dapat memasuki suatu kelompok masyarakat memandangkan sebahagian besar anggota masyarakat tersebut mempunyai kekuatan (memori tentera pertahanan) untuk melawan virus sebenar yang lebih kuat (covid-19).
Hal ini adalah penting bagi melindungi golongan yang rentan (mudah dijangkiti penyakit disebabkan sistem / fungsi tubuh yang rendah atau menurun) seperti kanak-kanak, orang tua, pesakit kanser dan pesakit HIV-positif.
Kalau saya sudah divaksinasi, apakah masih akan terkena penyakit ini?
Vaksin tidak menghentikan anda daripada dijangkiti dengan virus ataupun kuman. Akan tetapi, ia dapat mengurangkan kesan buruk yang tersenarai diatas daripada terjadi.
VACCINATION OFFER
Tawaran vaksinasi kami kini tersedia di web dan aplikasi kami! Kami mahu anda tetap selamat dan mengelakkan orang ramai, jadi anda sekarang boleh membuat pesanan anda dalam talian dan mengumpulkan pesanan anda dengan Pandu Ambil atau Potong-Q. Jangan lupa untuk menunjukkan status vaksinasi MySejahtera anda semasa anda membuat pesanan!
www.dominos.co...
Негізгі бет VAKSIN VS DOMINO'S
Пікірлер: 1