Saksikan video rangkuman Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Warga Tentera Darat oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Seri Zamrose bin Mohd Zain ke Formasi 4 Divisyen pada 1 Januari 2022 dan Formasi 3 Divisyen pada 10 Januari 2022 serta Formasi 4 Briged (Mekanize) pada 16 Januari 2022.
Turut dirangkumkan Penyampaian Sumbangan Kepada Mangsa Banjir Warga Tentera Darat oleh Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat, Puan Sri Datin Seri Zainuriah binti Haji Mustapha ke Formasi 3 Divisyen pada 3 Januari 2022.
Penyampaian sumbangan sebegini akan terus dilaksanakan dari semasa ke semasa dalam membantu warga TDM dan keluarga yang terjejas musibah banjir yang melanda. Program seumpama ini adalah amat bertepatan dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung PTD iaitu "Pelestarian Kesejahteraan Warga".
#TenteraDaratMalaysia
#GagahSetia
#TonggakKetiga
Негізгі бет VIDEO RANGKUMAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA BANJIR WARGA TENTERA DARAT
Пікірлер