Hai & Assalamualaikum..
Kali ini kami pergi ke Campsite Pos Lemoi Pahang.Seperti Biasa Trip kami selalunya mengejut. Kami bertolak daripada Ipoh lebih kurang pukul 5 lebih dan perjalanan ke Pos Lemoi Pahang mengambil masa lebih kurang 4 jam.
Dari Ipoh kami terus ke Tapah, dari Tapah nak ke Pos Lemoi lebih dekat berbanding ikut laluan Simpang Pulai.Semasa Dalam perjalanan ,kami Bertembung dengan Sebuah Kereta yang hampir masuk gaung akibat daripada mengelak sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
Memandangkan laluan Tapah itu selekohnya tajam² dan Line Telco tidak ada dikawasan tersebut,kami berhenti memberikan bantuan untuk mengeluarkan kereta yang hampir masuk ke gaung untuk dialihkan ke bahu jalan.Jalan Tapah ini jugak gelap sekiranya tiba waktu malam dan ia akan membahayakan pengguna jalan raya yang lain nanti.waktu ini Owner kereta tak ada,dia turun untuk minta bantuan.
Selesai mengeluarkan kereta tersebut kami pun meneruskan perjalanan kembali. part paling mencabar bagi kami ialah, apabila kami memulakan perjalanan dari simpang masuk Pos Lemoi untuk menuju ke kampung orang Asli . dari simpang masuk
pos lemoi angaran perjalanan hampir 1 setengah ke 2 jam,kerana jalannya sangat² mencabar apatah lagi diwaktu malam..
Jom ikuti video kami sampai habis untuk melihat perjalanan kami ke Campsite Pos Lemoi Pahang Dan semoga perkongsian video kami dapat memberi serba sedikit maklumat dan manafaat buat campers semua.
Jangan lupa Subscribe Like komen dan share.
__________________________________________
Review Campsite:
Tapak RM10 Per head/Per Night
Toilet Ada 4/10✅
Line Telco Terbaik✅
Sinki ✅
Air sungai Terbaik 2 x ganda sejuk dari air sungai biasa.
Sila bawa baju tebal,cuaca malam sejuk.
Editing:
Oppo Reno 8Pro
canva
capcut
Sosial Media:
Instagram
instagram.com/reel/CqAoYV...
#camping #familycampingmalaysia #nature #4x4 #campervan #rooftent #campinglife #familycamping #wildcamping #campingcar
Негізгі бет VLOG 11 | CAMPSITE POS LEMOI | CAMERON HIGHLANDS | OFF ROAD WAKTU MALAM | RTT | WILD CAMPSITE |
Пікірлер: 23