YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT LAWATAN RASMI KE KEMENTERIAN PERTAHANAN
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengadakan lawatan rasmi ke Kementerian Pertahanan, hari ini (26 Mac).
Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda disambut YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pertahanan dan YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.
Hadir sama, YBhg Dato’ Seri Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan dan YBhg Jeneral Tan Sri Mohammad Ab Rahman, Panglima Angkatan Tentera.
Turut serta, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Panglima Tentera Darat; Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob, Panglima Tentera Laut; Jeneral Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Panglima Tentera Udara dan pegawai-pegawai Kanan Kementerian serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Pemerintah Tertinggi ATM turut berkenan menandatangani buku lawatan dan bergambar kenangan.
YBhg Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan kemudian mempersembahkan taklimat berkenaan Struktur Organisasi dan Profil Kementerian, Kertas Putih Pertahanan (KPP), Pelan Strategik MINDEF (PSM) 2021-2025, Dasar Industri Pertahanan dan Keselamatan Negara (DIPKN), Kekuatan Aset Strategik, Perolehan Aset Utama, Pelupusan Aset Usang dan Projek Pembangunan Utama.
Pada sesi taklimat berkenaan, Seri Paduka Baginda berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai isu-isu pertahanan negara.
“Hasrat saya adalah sebarang perbelanjaan dan perancangan untuk pertahanan negara mestilah dilakukan secara berhemah tanpa membelakangkan soal keselamatan,” titah Seri Paduka Baginda.
#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara
Негізгі бет YANG DI-PERTUAN AGONG BERANGKAT LAWATAN RASMI KE KEMENTERIAN PERTAHANAN
Пікірлер: 61