YAYASAN Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini telah mengumum satu pendekatan baharu dalam menggalakkan masyarakat di negara ini untuk berinfak dengan memperkenalkan sumbangan ‘direct debit’ secara terus melalui pautan di laman sesawang InfaqPay YaPEIM.
Inisiatif ini dilihat mampu menarik lebih ramai individu mahupun kumpulan sasar berinfak secara berkala kepada YaPIEM bermula serendah RM10. Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Mohd Radzif bin Mohd Yunus di ibu pejabat YaPEIM baru-baru ini.
YaPEIM melihat amalam berinfakatau besedekah ini seharusnya mempunyai pelbagai cabang pilihan serta kaedah untuk orang ramai melakukan amal kebajikan dan ia perlu dipermudahkan seperti yang sering dilaungkan oleh komuniti global iaitu ‘dunia kini dihujung jari’.
#YaPEIM #InfaqPay #Infak #Infaq #DirectDebit #YayasanPembangunanEkonomiIslamMalaysia
Негізгі бет Фильм және анимация YaPEIM perkenal sumbangan ‘direct debit’, galak masyarakat berinfak secara berkala serendah RM10
Пікірлер