Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi menyokong dakwaan Najib Razak berhubung kewujudan titah adendum (tambahan) agar dia menghabiskan baki hukuman penjara dengan tahanan di rumah.
Zahid yang juga presiden Umno menyokong dakwaan itu menerusi afidavit yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 April lalu.
Zahid mendakwa dalam pertemuan di rumahnya pada 30 Januari lalu, Menteri Miti Tengku Zafrul Abdul Aziz memaklumkan kepadanya berhubung kewujudan titah adendum tersebut yang bertarikh 29 Januari 2024.
Негізгі бет Zahid sokong dakwaan wujud titah Najib jalani penjara di rumah
Пікірлер: 141