Rahim Maarof - Topic
Rahim Maarof merupakan penyanyi rock, komposer, pelakon, produser dan ahli muzik yang berpengaruh di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei Darussalam. Beliau mendominasi industri muzik pada awal 1980-an menerusi rangkaian lagu-lagu hits seperti Kini Aku sendiri, Hanya dalam mimpi, Syakila, Jangan Kau Rayu, Cinta Kristal, Falsafah Cinta dan banyak lagi lagu lagu terbaik dari beliau malah digelar antara penyanyi rock terbaik dengan gelaran oleh peminat peminat dan pengemar nya sebagai 'The Godfather of Rock' Rahim memulakan kariernya menerusi pembabitan secara underground pada era muzik rock di Malaysia pada awal tahun 70an. Beliau seterusnya mengecapi populariti setelah membuat persembahan bersama kugirannya yang dibentuk pada tahun 1985 iaitu Whitesteel yang juga menyertai siri Battle of the Bands. Kemuncak popularitinya bermula satelah kembali semula ke dunia industri rakaman album penuh dengan lagu Cinta Kristal dari album Kristal meledak di pasaran pada tahun 1988. Kerjaya muzik beliau melebih 40 tahun hingga ke hari ini serta meninggalkan impak yang cukup besar kepada industri hiburan tanah air.
Пікірлер