J Mizan - Topic
J. Mizan atau nama sebenarnya Jantan Mizan merupakan salah seorang penyanyi lagu Melayu yang terkenal pada era 70-an. J. Mizan terkenal dengan lagu Hari Ini Dan Semalam yang juga merupakan tajuk EP.J. Mizan berpeluang menghasilkan empat EP dan dua LP bersama syarikat rakaman EMI. Kali terakhir beliau merakam album adalah pada tahun 1979 menurut J. Mizan yang masih lagi aktif menyanyi di kelab-kelab malam sekitar Orchard Road, Singapura.
Beliau kini bekerja di Lapangan Terbang Changi, Singapura dan bersama isteri tercinta, Hadida Mohd. Amin Yun, dan anak-anak Mohd. Ridzuan, dan Yuslizan.
Dia yang seangkatan dengan D J Dave, Hail Amir, Uji Rashid, Fatimah Razak dan Halil Chik merupakan anak keenam daripada 11 adik-beradik. Pembabitannya dalam bidang seni suara, bermula semasa remaja ketika dia gemar lepak bersama rakan-rakan dan menyertai kumpulan muzik Kamasutra. Kumpulan Kamasutra sering diundang mengadakan persembahan pada majlis kahwin sekitar Singapura. Dia belajar menyanyi daripada seorang kawan dan bermain gitar dengan seorang pemuzik bernama Raja Akid. Bakat J. Mizan dicungkil oleh komposer Kassim Masdor.
- 2 жыл бұрын
Jangan Diulang Lagi
- 2 жыл бұрын
Merak Kayangan
- 2 жыл бұрын
Ku Membawa Diri
- 2 жыл бұрын
Kalau Ku Bayangkan
- 2 жыл бұрын
Dia Menawan Hati
- 2 жыл бұрын
Ingin Berjumpa
- 2 жыл бұрын
Ku Rela Kau Pergi
- 2 жыл бұрын
Semalam Di Desa
- 2 жыл бұрын
Hari Ini Dan Semalam
- 2 жыл бұрын
Hujan Sore Sore
- 2 жыл бұрын
Desa Permai
- 2 жыл бұрын
Sayang Tiada Lagi
- 2 жыл бұрын
Пікірлер