darulkautsar.wordpress.com/
VIDEO RINGKAS TENTANG HADITH
[ Video KZitem - tinyurl.com/yyn3fdk6 ]
[ Video Penuh - tinyurl.com/yyujodsu ]
[ Channel KZitem - tinyurl.com/ycxzqr22 ]
ADAKAH HADITH-HADITH DALAM KATEGORI "MURSAL ZUHRI" BOLEH DITERIMA?
1. Ulama' hadis berkata bahawa "Mursal Zuhri" adalah "seperti angin", yakni hadis-hadis "mursal"nya tidak boleh dipegang.
2. Hadis-hadis yang dikategorikan sebagai "Mursal Zuhri" perlu disemak dengan hadis-hadis lain untuk ditentukan statusnya.
3. CONTOH HADITH DALAM KATEGORI MURSAL ZUHRI - Riwayat popular yang menceritakan kononnya Ummu Habibah, isteri Rasulullah, menarik tikar dari diduduki ayahnya, Abu Sufyan. Ini adalah kerana ayahnya itu najis (kerana masih kafir pada masa itu) dan tidak boleh duduk di atas tikar nabi. Hadith ini bertentangan dengan sikap nabi yang memuliakan orang lain, apatah lagi dengan bapa sendiri. Hadith ini asalnya berpunca dari perawi pendusta bernama Waqidi, tetapi dalam sanad hadith ini al-Zuhri menyebut nama sebenarnya yang tidak popular iaitu Muhammad bin Umar, menyebabkan pendengarnya terkeliru.
NOTA:
1. Hadith "mursal" adalah hadith yang terputus sanadnya dan pada amnya adalah hadith dhaif kecuali hadith Mursal Sahabi, Mursal Imam Malik dan Mursal Ibnu Musayyab. Tonton perbincangan lanjut - tinyurl.com/yc9cqkyh
2. Maklumat tentang perawi pendusta Waqidi boleh ditonton di sini - tinyurl.com/y4cuea3o ]
[ Maulana Muhammad Asri Yusoff ( Okt 2013) ]
Негізгі бет Adakah Hadith-hadith Dalam Kategori "Mursal Zuhri" Boleh Diterima? - [Video Ringkas [64]
Пікірлер