Ruangan : Wawansabda Bahasa
Editor : Yusaida Yusof
Penulis : Rosli Mohd Nordin
Konsep, Penata Gaya & Pengarah Seni : @roslimn_
Jurufoto, Videografer & Visual Editor :
• Azrul Azizi Aziz (@azrul_azizi_aziz)
• Muhammad Iqmal Azri Ruslan (Pelatih UiTM)
Pembantu Penerbitan :
• Muhammad Afiq Farhan Hanifah (Pelatih UiTM) / @afiqfrhan
Lokasi : Studio Chef Zam Akmal
Majalah : Dewan Bahasa
Penerbit : Dewan Bahasa & Pustaka, DBP
Isu : September 2023
“Bicara Santai Tarik Perhatian,” Chef Zam Akmal
Oleh : Rosli Mohd Nordin
Gaya dan penyampaian yang bersahaja ketika menyediakan bahan memasak dan memasak pelbagai menu yang dikongsikan di pelantar media sosial, menjadikan Chef Zam Akmal popular dan menarik perhatian ribuan pelayar Instagram dan TikTok. Mungkin nama beliau belum segah nama-nama besar dalam industri kulinari seperti Chef Wan, Chef Zam dan Chef Sherson Lian, namun anak jati Muar (Johor) berkulit kuning langsat ini tetap mempunyai daya tarikan dan identiti yang tersendiri. Ikuti temuramah penulis bersama Chef Zam Akmal yang menjadi rujukan ramai pengikut beliau dalam menyediakan masakan dengan cara yang begitu mudah, enak dan pastinya menyihatkan
Boleh ceritakan tentgang latar belakang Chef Zam Akmal?
Nama penuh saya, Zam Akmal Abdul Halim. Nama Zam ini sangat unik kerana semua adik beradik saya yang seramai tujuh orang, semuanya lelaki mempunyai nama Zam dihadapan setiap nama mereka. Sebelum wujudnya telefon pintar, kalau saudara mara atau kenalan membuat panggilan telefon ke rumah saya, mereka kena pastikan menyebut nama penuh kami. Jika sebut Zam sahaja, ia pastinya akan mengelirukan kami sekeluarga.
Saya dilahir dan dibesarkan Kampung Serom, Muar. Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Serom 3, manakala di peringkat menengah pula saya bersekolah di aliran agama iaitu Sekolah Menengah Lughatul Quran, Kesang Tasik (Muar). Saya belajar pelbagai subjek melibatkan aliran agama (Islam) seperti Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran, Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.
Selepas saya menamatkan persekolahan peringkat menengah, saya menyambung pengajian peringkat Diploma Seni Kulinari di Food Institute of Malaysia (FIM). Selepas berhempas pulas mempelajari pelbagai elemen seni kulinari dan menamatkan pengajian peringkat diploma, saya cuba bekerja secara sendiri di rumah. Saya juga sangat bersyukur kerana mempunyai rakan niaga yang mempunyai visi yang sama dalam industri kulinari ini. Tanpa beliau, Chef Wan Noor Zamran yang merupakan seorang pensyarah kulinari dan Chef Pastri, mungkin nama Chef Zam Akmal tidak berada pada tahap sekarang.
Di rumah inilah sebenarnya saya dan Chef Wan Noor Zamran, kami berdua mula membuat kek dan biskut secara sambilan pada peringkat permulaan bak kata pepatah Melayu berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian; bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bagi saya perancangan Allah itu lebih baik, akhirnya apa yang kami usahakan sekadara untuk kelnagsungan hidup menjadikan ianya sebagai kerja tetap dan perniagaan yang mampu menjana pendapatan yang stabil.
Alhamdulillah, setelah hampir 12 tahun berkecimpung dalam bidang ini, kini saya memiliki kedai kek sendiri, perniagaan biskut cookies jenama Cookies Most Wanted (CMW), mengadakan pelbagai bengkel memasak dan pastinya saya juga aktif menerbitkan kandungan media sosial bagi berkongsi pelbagai petua dan tip resepi-menu untuk para pengikut saya.
Негізгі бет “Bicara Santai Tarik Perhatian” Chef Zam Akmal
Пікірлер: 1