Cream puff resepi simple lembut dan creamy. Sebut sahaja cream puff resepi sudah terbayang bentuknya yang comel, ringan dan mempunyai inti yang sedap. Kalini manja kongsi Resepi cream puff yang mudah dengan sukatan cawan.Bahan-bahan cream puff dan penyediaan memasak pun mudah je sebenarnya.Berbaloi sangat bila dapat buat sendiri. Mesti cuba ya.
Resepi Cream Puff
Bahan inti/filling :
1 cawan air
1 cawan susu cair
1/3 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1 sk garam
Cara-cara :
1. Masukan semua bahan ke dalam kuali. Jangan buka api lagi. Kacau sebati sehingga semua bahan sebati dan larut. Kemudian buka api
2. Masak sehingga adunan pekat, likat dan berkilat. Tutup api dan apabila sejuk sedikit masukan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.
Inti/filling whipping cream
1. Whisk 1 cawan non-diary whipping cream sehingga kental dan bertanduk. Kemudian masukan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.
Bahan-bahan Choux Pastry
1 cawan air
1 sb gula
1/2 cawan mentega
1 cawan tepung gandum
4 biji telur C
1 sk esen vanila
English :
Ingredients for custard filling
1 cup water
1 cup milk
1/3 cup sugar
1/2 cup custard powder
A pinch of salt
Ingredient for whipping cream filling
1 cup non diary whipping cream
Ingredients for Choux Pastry
1 cup water
1 tbs sugar
1/2 cups butter
1 cup wheat /all purpose flour
4 eggs C
1 tsp vanilla essence
Cara-cara :
1. Masak air, gula dan mentega sehingga mendidih.
2. Kemudian masukan tepung gandum. Perlahankan api. Kacau sebati sehingga membentuk doh. Tutup api dan biarkan sejuk seketika.
3. Di dalam mangkuk whisk telur bersama esen vanila sehingga kembang sedikit.
4. Semasa doh masih suam terus masukan ke dalam mangkuk yang berisi telur tadi. Whisk sehingga sebati. Kemudian masukan ke dalam piping bag.
5. Alas dulang pembakar dengan kertas kek dan boleh mula picit adunan choux.
6. Bakar dengan suhu 160 darjah selama 40 minit atau sehingga masak garing kekuningan.
7. Apabila sudah sejuk sedikit boleh pipe kan inti/filling yang sudah disediakan awal tadi.
Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE KZitem kami :
/ malaykitchen
Laman web rasmi MALAY kitchen :
malaykitchen.my
Telegram MALAY kitchen :
t.me/malaykitchen
Track: Ikson - Coral [Official]
Music provided by Ikson®
Listen: • #132 Coral (Chill Beat)
#malaykitchen #creampuff #creampuffresepi
Негізгі бет Ойын-сауық CREAM PUFF resepi simple lembut dan creamy | mudah dengan sukatan cawan
Пікірлер: 44