Ada juga dikalangan kita yang masih keliru dengan Fresh cream dengan Diary whipping cream. Fresh cream juga dikenali sebagai ( Non Dairy Whipping Cream @ fresh cream @ whip topping for cake and pastries @ whipped topping )
*Adalah krim yang dibuat khas untuk hiasan kek.
*Ia dirumus drpd minyak sayuran dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu.
*Ini menjadikan ia lebih stabil,maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya.
*Ia akan kembang 3-4 x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika diputar.
*Jadi jangan dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda.
*Ia juga menghasilkan kuantiti yang banyak.
*1 liter krim ini boleh menyalut dan menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci.
*Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya sebati.
*Kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa proses nyahbeku dari freezer.
*Putar pada kelajuan yang tinggi hingga kembang dan gebu.
*Selalunya krim jenis ini sudah ada perasa gula,jadi apa yang perlu anda lakukan colek sedikit rasa kemanisannya.
*Jika tak cukup manisnya maka boleh tambah gula halus dan putar.
*Jangan terlebih putar kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa diatas kek.
*Cukup memadai jika ia kembang,gebu dan likat.
*Jika terlebih putar,masukkan sedikit krim ( yang masih dalam bentuk cecair ) ke dalam krim yang terlebih putar tadi.
*Putar ia pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus. ( bukan terlalu cair tapi cair sedikit drpd keadaan krim yang terlebih kental tadi )
Mewarna :
*Krim jenis ini boleh diwarna sebaik sahaja diputar hingga kembang dan gebu.
*Ambil sedikit pewarna cecair @ serbuk dan kacau dengan perlahan sudu bagi kuantiti yang sedikit.
*simpan dalam peti sejuk sebentaruntuk mematangkan warna .
*Krim yang diwarnakan akan dibiarkan semalaman @ beberapa jam warnanya lebih terang dan cerah berbanding jika digunakan terus.
*Ini dapat mengelakkan kita dari terlebih letak pewarna dan penambahan cecair dalam krim.
*Ia juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
Cara Menyimpan
*Krim yang telah diputar sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
*Keesokkannya boleh digunakan untuk menghias cupcakes @ kek.
*Supaya anda dapat krim yang mantap @ juga boleh terus digunakan selepas diputar.
*Bergantung pada jenama krim yang digunakan,kebanyakkannya boleh tahan 6 bulan setelah diputar hingga gebu.
*Simpan dalam bekas kedap udara di dalam freezer.
*Jika simpan dalam bentuk cecair boleh tahan selama 1 bulan selepas di buka.
*Simpan dalam pembeku.
*Jika tertera perkataan "for topping","whip topping" @ "non dairy" ia sesuai digunakan untuk hiasan dan filling.
Follow ig : instagram.com/salt_sugartutorial
Follow page : htttps://facebook.com/SaltSugarSS/
Негізгі бет CREAM TUTORIAL : Apa Itu FRESH CREAM????
Пікірлер: 63