Sinurambi Tambunan Viewing Point terletak di daerah Tambunan, Sabah. Merupakan antara tempat pelancongan yang terletak di daerah Tambunan. Sinurambi ini merupakan satu menara untuk melihat pemandangan daerah Tambunan yang mana kita boleh lihat pekan, kampung-kampung, sawah padi, sungai dan bukit-bukau serta gunung-ganang.
Dari sini juga kita akan dapat melihat gunung-gunung yang tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi, Gunung Sinsing, Gunung Kaingaran dan juga beberapa bukit yang dikenali. Pemandangan di atas menara ini cantik dan mendamaikan.
Jarak menara ini dari Pekan Tambunan kira-kira 9.4KM (melalui jalan Kaingaran) dan mengambil masa 15-20 minit perjalanan menaiki kereta. Tempat ini juga dijadikan tempat hiking para pendaki dan ada juga yang datang menggunakan basikal. Selain itu tidak dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke sini dan yang paling penting, jagalah kebersihan dan jangan merosakkan atau menconteng tempat ini.
Music from #Uppbeat (free for Creators!):
uppbeat.io/t/s...
License code: 9DARVYKNJD6NWVWH
Негізгі бет Kami di Puncak SINURAMBI Tambunan, Sabah
Пікірлер: 6