Sebak sayu ziarah kakak ini bersama 6 orang anaknya tinggal di bilik kecil dalam kilang kayu di batu 6 jalan Gambang Pahang. Arwah suaminya kerja kilang kayu ini. Belum setahun meninggal dunia. Risau saya tengok habuk kayu. Ya Allah kasihannya. Sekarang kakak ini dibantu tinggal dibilik tu bersama anaknya. Cuma satu ruang sahaja. Tiada katil. Tiada apa-apapun. Peti ais mesin basuh semua tiada. Kosong. Tapi barang semua tersusun kemas jer. Tengok result spm anaknya 5A. Terharu tengok. Cerdik dan baik anak kakak ini. Nak masuk matrikulasi katanya. Nak jadi akauntan.
Syukur mereka dah 3 bulan dapat bantuan duit bulanan dari jkm dan zakat Pahang. Terima kaseh JKM dan Zakat Pahang. Tahniah. Allah sayang.
Syukur pada Allah keluarga dari bilik kilang kayu di Batu 6 dapat pindah ke rumah cantik. Saya dapat sewa dari asal rm900 ke rm700. Saya belikan peti ais, mesin basuh, 5 katil dan tilam. Saya beri duit belanja buat kakak ini dan duit raya untuk anak-anak.
Terima kasih semua selalu mendoakan. Doa tuan puan semua menjadi kekuatan langkah ini. Hanya Allah dapat balas kebaikan semua. Allah sayang.
Негізгі бет Kilang Papan
Пікірлер: 2,7 М.