Ini merupakan Arowana pertama yang saya bela. Arowana MGBB masih belum membesar sepenuhnya. Mula bela semasa saiz 4.5inchi pada hujung bulan Oktober 2020.
White tank treatment(wtt) menggunakan akuarium saiz 2.5kaki dibalut putih kiri kanan bawah. Bahagian atas menggunakan mentol bulb jenis Philips Tornado 2 biji dan bahagian hadapan menggunakan lampu tanning dari Aquanice X2 Pro saiz 2kaki. Hasil tanning sehingga bulan April 2021.
Arowana masuk display tank lebih kurang saiz 10inchi++. Faktor ketidaksabaran menyebabkan tanning tergendala dan hanya separuh jalan. Saya percaya, arowana bakal terhasil lebih menawan dengan wtt yang lebih panjang dan penjagaan/penukaran air yang lebih kerap.
Arowana berada dalam tank display, tetapi menggunakan lampu tanning dari Kinstons T5HO pada waktu siang yang akan automatik tutup pada pukul 7 malam. Sekiranya saya nak tengok arowana, saya akan buka lampu display jenis Tica Color Up sebatang pada bahagian atas.
#malaysian #golden #arowana #mgbb #malaysiangoldenbluebase #arowana #khazanah #malaysia #tanning #before #natura #then
Негізгі бет Malaysian Golden Blue Base (MGBB) 11inch | Arowana Fish
No video
Пікірлер