Ini merupakan sesi resensi buku tulisan saya, PROPAGANDA VISUAL PADA ERA PENAKLUKAN JEPUN: MANIFESTASI SMBOLIK, RETORIK & SATIRA RADIKAL', yang telah berlangsung pada hari Jumaat (2 Julai 2021) jam 8.30 malam di siaran FB Live. Program ini merupakan anjuran daripada Yayasan Peace Malaysia. Terima kasih jua saya takzimkan kepada saudara Mohd Jamizal dan Yayasan Peace, kerana sudi mengundang.
Seperti mana yang sedia dimaklumi, kandungan buku ini adalah merupakan ikhtisar daripada penyelidikan kedoktoran saya yang menyangkut ehwal visual, sebagai di antara tatanan signifikan penyebaran propaganda kerajaan Dai Nippon, sepanjang-panjang gempita taklukannya di Malaya, dari tahun 1942 sehingga 1945.
Disebalik sisi-sisi bejat, brutaliti, 'nafas-nafas' sengsara serta ulah-ulah keras pasukan militer Jepun, ada terselit jua ekspresi pendukungan, yang mana entiti visual menjadi wadah penyampaiannya.
Негізгі бет Resensi karya 'PROPAGANDA VISUAL PADA ERA PENAKLUKAN JEPUN'
No video
Пікірлер