#serimukadurian #serimukaduriansukatancawan #serimuka #durian #serimukasukatancawan
Resepi Seri Muka Durian
Lapisan bawah/ pulut:
CAWAN:
1 1/2 cawan pulut
1 1/2 cawan santan kelapa
1 sudu kecil garam
GRAM:
300 gram pulut
400 ml santan kelapa
1 sudu kecil garam
Lapisan atas/ Durian:
CAWAN:
2 biji telur
3/4 cawan gula halus
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
1 sudu besar tepung jagung
1 1/2 cawan santan
3/4 cawan isi durian
Sedikit pewarna kuning
GRAM:
2 biji telur
170 gram gula halus
90 gram tepung gandum
10 gram tepung ubi
10 gram tepung jagung
400 ml santan
100 gram isi durian
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara lapisan bawah/ pulut:
1. Basuh dan rendam beras pulut selama 3 jam
2. Masukkan garam dalam santan dan kacau rata
3. Masukkan santan ke dalam pulut
4. Didih air dalam pengukus, kemudian kukus pulut selama 25 - 30 minit.
5. Selepas 25 minit, kacau dan balik-balikkan pulut
6. Kemudian sambung kukus lagi 5 minit
7. Pulut kukus dah siap
8. Ratakan permukaan pulut menggunakan spatula dan cake scrapper
Cara-cara lapisan atas/ durian:
9. Satukan gula halus, tepung gandum, tepung beras dan tepung jagung
10. Masukkan 2 biji telur dan kacau rata bersama adunan tepung
11. Masukkan santan, kacau rata
12. Masukkan sedikit pewarna kuning (ikut tahap kuning mana yang anda nak), kacau rata
13. Blend isi durian dengan separuh dari adunan tadi, blend sekejap saja
14. Kemudian satukan bahan blend dan lebihan adunan
15. Di dalam periuk, panaskan sebentar adunan dengan api sederhana. Bila keluar wap boleh transfer ke atas pulut tadi
16. Didihkan air kukus sebelum kukus seri muka durian.
17. Masukkan adunan tadi perlahan-lahan, tahan pakai cake scrapper untuk elakkan bubble
18. Balut penutup kukus dengan kain yang kering supaya wap tak menitis di atas permukaan seri muka
19. Selepas kukus 7 minit, bukak penutup kukus dan lap wap air. Tujuan yang sama untuk elak wap menitis di atas permukaan seri muka
20. Selepas itu, sambung kukus lagi 20 minit.
21. Selepas 20 minit, bukak tutup pengukus dan kukus lagi 10 minit tanpa tutup pengukus (untuk keringkan permukaan seri muka, seri muka akan tahan lama jika permukaan kering)
22. Selepas sepuluh minit, tutup api dan sejukkan seri muka durian lebih kurang 3 jam sebelum dipotong (jangan potong semasa seri muka masih panas, nanti tak cantik)
23. Potong ikut cita rasa masing-masing, akak potong empat segi je.
24. Tips nak dapatkan potongan lawa, pakai pisau kek/ pisau plastik
25. Seri Muka Durian siap untuk dihidang!
Негізгі бет Seri Muka Durian Sedap | Resepi Sukatan Cawan & Gram bersama Tips Permukaan Cantik.
Пікірлер: 23