Alhamdulillah, berkesempatan juga siapkan cerita Family trip ke Seoul. Trip yang dirancang dalam tempoh setahun. Pada awalnya, ada pilihan sama ada nak ke Tokyo atau nak ke Seoul. My hubby pilih ke Tokyo, saya pilih ke Seoul.
Oleh kerana tahun lepas, Tokyo dilanda bencana alam. So, kami decide pilih Seoul sebagai destinasi pilihan tahun 2019. Kami beli tiket fligt thru AirAsia masa promosi tiket murah. Kena bersabar dan buat cepat masa buat pembelian. Salah satu tips yang kami dapat, beli dulu tiket. Add on kemudian.
Alhamdulillah, dapat juga beli. Lepas dah beli tiket. Kami siapkan itinerary awal. Download apps yang berkaitan. Memandangkan trip kami ni jenis family backpackers. Then, kami cari homestay area Seoul. Alhamdulillah, akhirnya dapat juga homestay yang sesuai dengan kami berlima. Banyak study kami buat untuk trip ni. Sehari sebelum trip pun sempat kami buat study. Nak kata trip budget pun tak jugak, sebab kami bawak anak-anak kecil. Boleh dikatakan backpackers family trip.
Day 1.
Jom kita bermula dari Day 1 trip ke Seoul, Korea. Seawal jam 11 malam, kami gerak dari Ipoh dan sampai di KLIA2 dalam jam 2pagi. Anak-anak ketiduran dalam kereta sepanjang perjalanan dari Ipoh sampai ke KLIA. Sebabkan dah lama tak sampai ke KLIA2, makanya nak cari tempat parking pun sedikit kelam kabut. Akhirnya dapat juga parking yang dekat dengan entrance.
First thing kena kejut dulu anak-anak, maklumlah pukul 2pagi. Lepas kejut, kena bagi fresh badan. So, kami singgah kejap hotel capsule transit untuk mandi dengan water heater. Ada dikenakan caj untuk kami. Lepas mandi, kami siap2 tukar baju. Alhamdulilah, lega bila dapat cuci segala air liur basi. Hehehe. Lepas dah bersiap, kami get ready untuk check in luggage. Kami siap2 print bag tag kat kiosk. Jam menunjukkan pukul 4pagi. Masa ni, masih tak ramai umat manusia lagi. So, tak rasa terkejar dan rasa smooth je. Selesai check in luggage. Kami pun breakfast dulu, sebelum entrance international check in. Awal kami breakfast, pukul 4.30pagi tu. Pukul 5.30pagi, baru check in kat gate international. Alhamdulillah, dapat solat subuh kat airport. Masa ni, dah ramai umat manusia. Semua tempat pun jadi penuh termasuk surau atau rest room. Gate kami antara yang paling jauh. Kena sampai ke Gate Q10, baru jumpa pintu masuk ke airplane. 30min ambil masa jalan kaki. Alhamdulillah, once dah masuk dalam airplane. Flight boarding tepat jam 7.15pagi.
Kitorang dah book siap2 add on dalam itinerary untuk meals dan entertainment. Untuk menghilangkan rasa lapar kami book meal dan untuk menghilangkan rasa boring pulak, kami dah siap2 book TAB. Anak2 masuk je airplane lepas 30min, terus tido. Tido, bangun, tido, tak sampai lagi. Sabor, flight kita ni 6 jam saje. Kat luar nampak langit, awan dan laut saja. Once kapten inform dah nak sampai, baru lah nampak daratan bumi Korea Selatan. Alhamdulillah.
Bila dah landed kat Incheon airport, jam dah menunjukkan pukul 2.50petang. Beza sejam dengan waktu Malaysia. Kena settlekan dulu perihal imigresen dan passport. Masa dalam flight, kami dah siap isi form dan declare info2 yang sepatutnya. Senang, tak kelam kabut masa proses imigresen. Memang terbaik proses imigresen kat sini. Kita datang sebagai tourist, so mereka akan layan sebaiknya. Alhamdulillah. Lepas dah proses imigresen, proses ambil luggage pulak. Baru boleh keluar dari airport.
Once dah selesai perihal dalaman airport. Kami terus ke kedai beli TMoney kad. Dah google dari awal, beli kad ini untuk mudahkan travel kat seoul nanti. Siap top up kan sekali. Untuk anak2, ada special sikit. Just tunjukkan passport, dan register. Anak2 akan dapat diskaun masa naik semua transport kat Seoul nanti. Mudah je.
Then, kami cari kaunter tiket bas airport untuk ke homestay kami kat Seoul. Ini pun dah google awal2, bas nombor berapa yang kami patut naik dan patut turun dekat dengan lokasi homestay. Sembang dengan ahjussi, dia balas cakap korea. Angguk ajelah. Sempat jugak kami snap gambar dalam area airport Incheon. Dalam airport rasa hangat je, luar airport rasa sejuk.
Kami naik airport limousine bus nombor 6002. Sebelum naik bas kena Q dengan beg2 sekali. Panjang jugak orang nak naik bus ni. Alhamdulillah, akhirnya dapat nak jugak. Tambang semua sekali dalam 44,000won. Nanti you all convert sendiri. Perjalanan dari airport ke Seoul dalam 1jam 40min. Sempat lagi kami tido dalam bas.
Bila dah lepas Han River, kami dah masuk Bandaraya Seoul. Dalam bas, memang akan annouce setiap station yang mana bus akan berhenti bila ada yang tekan loceng. Lepas sejam perjalanan, masa ni 5.30petang. Kat sini maghrib awal, 6petang memang dah gelap. Kami pun tekan loceng bas, turun kat tempat yang dituju termasuk beg2 kami. Drebar bas ni, segak macam pilot je.
Sebelum sampai ke homestay, kami kena jalan kaki sikit. Homestay kami berhadapan Cheonggyecheon stream. Canggih bila nak masuk homestay ni, just pakai password je. Owner homestay ni, dah siap bagi semua kemudahan. Siap bagi pocket wifi dan wifi dalam
Негізгі бет Travelog Family Trip Seoul Nov 2019
Пікірлер: 5